Topik pada kali ini yang ingin admin kongsikan sangat menarik untuk kita bincangkan agar lebih ramai wanita mengenali dunia saham dan turut serta di dalam pelaburan saham.
Kalau kita lihat statistik penglibatan pelaburan saham yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia-i mengatakan lebih ramai lelaki yang melabur di pasaran saham berbanding wanita. Hanya sekitar 30% pelabur saham terdiri daripada golongan wanita manakala baki 70% adalah lelaki.
Jurang perbezaan bilangan pelabur lelaki dan perempuan amatlah besar, kami di Smart Saham dengan kerjasama Bursa Malaysia-i sangat mengalu-alukan penglibatan wanita di dalam pelaburan saham. Ayuh wanita-wanita di luar sana mari menyertai kami di Smart Saham.
Pelaburan saham bukanlah hanya untuk lelaki sahaja akan tetapi untuk wanita juga sebagai tempat untuk kembangkan harta dan menjana pendapatan pasif. Realiti di dalam kehidupan, kewangan sangatlah penting baik untuk lelaki mahupun wanita disebabkan kos sara hidup yang makin tinggi.
Walaupun ramai wanita diluar sana yang tidak perlu untuk bekerja dan memikirkan soal kewangan kerana yang bujang masih dibawah tanggungan ibubapa dan bagi yang sudah berkahwin ada suami yang mampu untuk tanggung keluarga.
Namun perlu untuk kita faham bahawa apa yang kita ada sekarang tidak kekal selamanya. Perlu untuk kita bersedia bagi menghadapi satu hari nanti yang memerlukan kita untuk berdiri dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Wanita perlu untuk belajar cara buat duit melalui saham, terlibat dengan saham dan memeriahkan lagi Bursa Malaysia dengan penglibatan anda. Ramai di kalangan wanita masih memandang negatif terhadap pelaburan saham dan enggan belajar.
Saham dikatakan susah, nanti rugi dan macam-macam lagi menyebabkan kurang perempuan yang terlibat di dalam komuniti saham. Tapi betul ke?
Susah ke melabur saham ni?
Ada yang bertanya susah ke saham ni. Sebenarnya tidak susah, amat mudah sekali, akan tetapi semua perlu bermula dengan mencari ilmu dahulu. Perlu belajar tentang pasaran, kenapa harga saham turun naik, bagaimana ingin memilih saham yang berkualiti seperti ingin memilih ikan di pasar dan bagaimana ingin melabur dengan untung.
Selepas belajar, kita hanya perlu praktikkan dan polish skil yang ada. Ilmu yang diperoleh itu boleh kita manfaatkan sepanjang hayat di dalam pelaburan.
Kenapa perlu melabur saham?
Kos Rendah
Kos untuk melabur sangatlah rendah. Untuk mula melabur, anda perlu untuk membuka akaun CDS yang kos bayaran pembukaan akaun hanya bernilai RM 10 sahaja.
Kos lain yang perlu dikeluarkan ialah untuk transaksi jual beli saham. Ada beberapa kos yang terlibat. Yang pertama “brokerage fee” yang nilainya bergantung kepada syarikat broker yang anda guna untuk membuka akaun CDS anda.
Ada yang caj minimum serendah RM 7 sahaja, ada yang RM 8, RM 12 dan sebagainya. Dan kebiasaannya bagi brokerage fee ini dikira dalam bentuk peratus bermula serendah 0.05% ke 0.08% dan ke atas.
Selain itu kos lain yang terlibat ialah caj stamp duty sebanyak RM 1 bagi setiap RM 1000 yang dilaburkan, clearing fee sebanyak 0.03% daripada modal dan caj servis sebanyak 6% yang dikenakan ke atas brokerage fee.
Secara kasarnya jumlah kos yang perlu anda tanggung untuk melabur hanya sekitar 1% ke 3% bagi setiap transaksi, bergantung kepada jumlah modal yang anda laburkan.
Tiada Limit Modal
Tiada limitasi untuk modal jika anda ingin mula melabur, boleh mula mengikut kemampuan masing-masing. Boleh bermula dengan modal serendah tiga angka hingga sebesar 6 angka, 7 angka dan ke atas. Namun modal dan keuntungan yang anda inginkan perlulah realistik.
Sebagai contoh jika anda bermula dengan RM 1000 dan anda mendapat keuntungan sebanyak 5%, untung bersih yang anda akan dapat selepas tolak kos jual dan beli adalah sekitar RM 20 sahaja.
Contoh lain, jika modal anda RM 5000 dan anda mendapat keuntungan sebanyak 5%, untung bersih yang anda akan dapat selepas tolak kos jual dan beli adalah sekitar RM 200 lebih. Dengan modal yang lebih besar, anda boleh capai keuntungan yang jauh lebih besar.
Untuk modal permulaan sangatlah subjektif sebenarnya, tiada jumlah yang spesifik. Ikut selera dan kemampuan masing-masing. Bagi yang tidak mampu untuk mula dengan modal yang besar boleh bermula dengan modal yang kecil.
Bila ada duit lebihan nanti kita boleh tambah modal dari masa ke masa dan kembangkan apa yang ada. Sedar-sedar modal yang dahulu kecil makin lama makin besar sehingga dapat mencapai jumlah yang kita tidak pernah terfikir untuk capai sebelum ini. Baka kata pepatah “slowly but surely”.
Senang Monitor
Saham ini sangat mudah untuk monitor walaupun bagi yang bekerja apatah lagi bagi mereka yang duduk di rumah. Hanya memerlukan smartphone ataupun laptop/pc dan internet sahaja.
Dengan menggunakan platform yang disediakan oleh syarikat broker, kita boleh jual dan beli serta pantau pelaburan kita.
Pulangan Tiada Had
Melalui pelaburan kita boleh mendapatkan keuntungan tanpa had. Dengan teknik dan planning yang betul, kita boleh menjana keuntungan yang konsisten dan berterusan tanpa had masa.
Kita boleh kembangkan duit pelaburan kita menjadi berkali-kali ganda lebih besar daripada modal awal.
Di dalam Bursa, terdapat lebih daripada 700 saham dari syarikat yang berbeza-beza yang patuh syariah serta kita boleh jual dan beli saham tersebut.
Setiap daripada saham tersebut mempunyai behaviour, kualiti dan risikonya yang tersendiri. Setiap daripada saham tersebut ada cara-cara dan teknik yang berbeza yang kita boleh gunakan untuk mendapat keuntungan.
Ada saham yang mampu memberikan pulangan sebanyak 5% ke 10% dan ada juga yang mampu memberi pulangan yang jauh lagi tinggi dari 100% ke 1000% dan ke atas.
Keuntungan ini ada yang kita boleh dapat dalam masa yang singkat iaitu sehari ataupun seminggu dan ada juga yang memerlukan masa yang lebih panjang iaitu sebulan, setahun dan keatas.
Semua ini bergantung kepada jenis pelabur dan strategi yang digunakan. Dengan ilmu yang betul dan konsisten dalam pelaburan, anda mampu untuk capai apa yang anda inginkan.
Kecairan
Sangat cepat untuk anda roll duit selepas mendapat keuntungan. Jika harga saham yang anda pegang sudah capai target price yang anda inginkan, anda boleh jual pada bila-bila masa ketika market masih dibuka dan secure anda punya keuntungan.
Anda boleh terus menggunakan modal tersebut untuk labur ke dalam saham yang lain pula. Hasil keuntungan juga anda boleh guna untuk roll semula di dalam pelaburan dan anda juga boleh keluarkan duit tersebut pada bila-bila masa yang anda inginkan.
Manakala jika harga saham yang anda pegang jatuh, anda boleh terus cut loss pada bila-bila masa ketika market masih dibuka untuk secure anda punya modal daripada kerugian yang lebih besar.
Pelaburan saham ini sangat best dan seronok. Anda boleh menjana keuntungan dari rumah sahaja pada bila-bila masa yang anda inginkan dan boleh dimanfaatkan sepanjang hayat.
Apa pandangan anda? Adakah pasaran saham ini perlu disertai oleh para wanita atau ianya perlu dibiarkan didominasi oleh kaum lelaki? Tinggalkan komen anda di bawah
Nak tahu tips dan trick nak buat lebih banyak duit dalam ? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami. Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.