Apa itu Day Trading? Day trading dikenali juga sebagai Intra Day Trading dimana ia merupakan jual beli saham yang aktif, pada hari yang sama bagi memperoleh keuntungan dari perubahan harga untuk saham yang tertentu.
Day trading boleh membawa keuntungan yang berlipat ganda tetapi dengan syarat, menggunakan cara dan strategi yang tepat. Dalam artikel kali ini, admin nak kongsikan tips dan trick untuk mereka yang melakukan day trading secara tegar.
Siapa day trader?
Golongan yang menggunakan kaedah day trading ini terdiri daripada orang yang mempunyai modal yang banyak, berpengalaman, mempunyai pengetahuan tinggi tentang trading dan berpendidikan.
Sungguhpun begitu, day trading ini sememangnya berisiko tinggi kerana anda perlu mengesan kelajuan volume dan perubahan harga dengan cepat.
Bagi trader yang baru mengenali dunia saham ini, anda dinasihati supaya tidak terus menggunakan kaedah ini kerana day trading memerlukan ketekunan, kepakaran dan kesabaran yang amat tinggi.
Leverage
Ada di antara mereka yang menggabungkan strategi ‘leverage trading’ dan perdagangan jangka masa pendek serta mengambil kira harga saham walaupun pergerakannya kecil. Walaubagaimanapun, admin suka ingatkan pembaca semua bahawa leverage trading adalah sangat berisiko tinggi.
Kenalpasti Kedudukan
Anda wajib mengenalpasti matlamat utama anda dalam trading. Selain itu, pertimbangkan berapa banyak jumlah modal yang anda ada, jenis toleransi risiko anda dan jenis pelaburan yang anda mahukan.
Malah, anda juga perlu mengkaji pasaran saham dan sektor apakah yang paling sesuai untuk anda. Kenali dahulu situasi anda, barulah boleh pergi ke peringkat seterusnya.
Kawal Emosi
Paling penting adalah, anda perlu belajar dahulu bagaimana cara yang berkesan untuk mengawal emosi anda. Hal ini demikian kerana, strategi ini amat mempengaruhi keadaan emosi anda.
Strategi ini memerlukan anda untuk mengetahui waktu bila yang sesuai untuk anda jual beli saham dan corak ‘musim keuntungan’ pasaran.
Kecairan & Volatility
Anda perlu mencari dan mengenalpasti saham yang mempunyai kecairan tinggi dalam pasaran. Lebih cair, lebih mudah untuk exit position. Ini bagi memastikan kita mudah untuk keluar dan masuk ke dalam sesuatu saham.
Volatility atau pergerakan saham yang aktif membantu dalam day trading strategy. Ini kerana, pegerakan saham yang aktif membantu anda untuk mencapai target price dengam lebih mudah.
Volatility is your friend
Di samping itu, anda juga boleh fokus kepada saham syarikat yang mempunyai modal pasaran yang lebih tinggi.
Broker dan investment bank
Untuk pengetahuan anda, sesetengah syarikat broker atau investment bank yang anda gunakan untuk membuka akaun CDS menawarkan khidmat ini. Mereka akan berkongsi saham-saham yang berkualiti beradasarkan analisa yang dibuat oleh mereka.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak menyertai group buy call daripada individu yang tidak berlesen kerana ini menyalahi undang-undang. Selain itu, group buy call tidak bertauliah ini membahayakan strategi trading anda.
Kesimpulan
Sekali lagi diingatkan bahawa day trading ini hanya sesuai bagi trader yang sanggup mengambil risiko tinggi kerana ia mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk untung dan rugi.
Kecairan, volume dagangan dan juga keadaan pasaran adalah faktor yang sangat membantu anda untuk tentukan saham yang terbaik.
Apa pandangan anda? Apakah kaedah yang anda gemar gunakan untuk day trading? Tinggalkan komen anda di bawah
Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.
Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!