AmInvestment Bank pada pagi ini (30 Dec 2022) telah mengeluarkan laporan terkini berkenaan sektor Pengguna (Consumer). Sektor ini telah dinaik taraf sebagai “OVERWEIGHT”, dalam erti kata lain telah menjadi antara sektor pilihan untuk mendapat lebih pendedahan dalam porfolio saham kita.
Antara faktor yang bakal mendorong kenaikan sektor Pengguna ini pada 2023 adalah:
1. Peningkatan dalam pasaran pekerjaan dan kenaikan gaji yang stabil berdasarkan data dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Kadar pengangguran telah turun kepada 3.7% dan kadar kenaikan gaji di sektor swasta turut meningkat sebanyak 3.3%.
2. Sektor Runcit mencatatkan perkembangan mendadak setinggi 29.6% jika dibanding pada waktu sama pada 2021.
3. Kemungkinan untuk kos pengeluaran kembali rendah berikutan penurunan nilai dolar US dan juga pembukaan semula sempadan China.
Antara kaunter-kaunter saham patuh shariah yang menjadi pilihan AmInvest untuk sektor ini adalah:
BJFOOD (TP: RM1.03)
GCB (TP: RM3.15)
MRDIY (TP: RM2.60)
PS: BJFOOD sudah pun mencapai TP RM1.03 yang dijangka sewaktu artikel ini ditulis. Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dan membuat kajian secukupnya sebelum melabur ![]()
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Ingin mulakan perjalanan saham anda? Jom daftar Kelas Saham Kickstart kami
<< https://bit.ly/smartsahamkickstartJan23>>
Artikel ini juga boleh dibaca di channel Telegram kami