RAHSIA “WINNING TRADE”

Trading adalah perkara yang tidak asing lagi zaman sekarang. Akan tetapi, masih ramai yang gagal dalam setiap trade yang mereka lakukan. Untuk artikel kali ini, jom ketahui resepi rahsia winning trade!

Rahsia kegagalan trade

Ramai yang tidak tahu punca sebenar sesebuah trading itu tidak berjaya disebabkan kecuaian kita sendiri dalam setiap trade yang kita lakukan. Antaranya seperti tiada sebarang perancangan yang strategik, tidak mempunyai disiplin, tidak peka dengan perubahan pasaran.

Ada juga yang membiarkan trading yang rugi terus berjalan dengan harapan pasaran akan berubah jika diberi masa sedikit lagi dan mengharap keuntungan yang tidak realisitk

Kebanyakan trader juga tidak sedar bahawa strategi yang mereka gunakan sebenarnya tidak mempunyai kelebihan dalam pasaran. Hal ini demikian kerana, sebahagian pergerakan pasaran adalah secara rawak dan tidak boleh bergantung dengan analisis teknikal semata-mata.

Trading ibarat sebuah perniagaan

Oleh itu, terdapat beberapa peraturan yang boleh digunapakai supaya trading anda mempunyai keuntungan yang lebih terjamin. Antaranya ialah jadikan trading sebagai salah satu perniagaan anda.

Ini kerana, jika anda jadikan trading cuma sebagai hobi, tiada pendekatan untuk anda cuba belajar dengan lebih mendalam. Anda juga akan membuat keputusan secara sambil lewa sahaja.

Apabila anda mula melakukan trading anda secara bersungguh-sungguh, maka anda akan melihat hasil perubahan yang berlaku dalam setiap trade anda.

Teknologi serba canggih

Bukan itu sahaja, menggunakan kemudahan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi dalam trading akan meningkatkan prestasi perdagangan anda. Hal ini demikian kerana, platform carta membantu trader menganalisis pasaran dengan pelbagai cara tanpa batasan.

Melalui teknologi, anda boleh menguji semula idea dengan data-data sejarah supaya tidak tersilap langkah. Telefon pintar juga membenarkan anda memantau perdagangan itu tanpa mengira waktu dan tempat.

Secara tidak langsung, anda akan mengikuti perkembangan perdagangan dengan produk-produk baharu yang lebih berkualiti. Nak dapatkan informasi hangat terus ke telefon anda? Ikuti Telegram SmartSaham secara percuma!

Peka dengan isu semasa

Selain itu, trader perlu tahu bila waktu untuk berhenti. Anda perlu berhenti trade apabila strategi trading tidak berkesan kerana ia akan membawa kerugian yang besar. Oleh itu, anda wajib untuk terus membuat beberapa perubahan dengan strategi perdagangan yang baru.

Malahan, sikap trader itu sendiri boleh membawa kepada kegagalan kerana tidak mampu mengikuti strategi yang telah dirangka. Hal ini disebabkan oleh tekanan, tabiat buruk, kurangnya aktiviti fizikal dan lain-lain.

Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk anda melengkapkan ilmu terkini dalam dunia trading. Seperti kita tahu, pasaran adalah sangat dinamik dan cepat berubah. Jika anda ketinggalan, maka anda adalah orang paling rugi!

Perdagangan Stop Loss

Seterusnya, gunakan kedah ‘Stop Loss’ iaitu jumlah risiko yang telah anda tentukan untuk anda bersedia tanggung. Ia boleh dalam bentuk peratus kerugian ataupun jumlah wang kerugian.

Ekoran daripada kaedah tersebut, anda akan kurang stress apabila menghadapi kerugian. Ini kerana anda sudah tentukan awal-awal nilai rugi yang terhad setiap kali berdagang.

Setiap trading ada risikonya tersendiri

Jadi realistik

Akhir sekali, tetapkan matlamat perdagangan anda yang lebih realistik supaya anda tidak jatuh atau berputus asa jika mengalami kerugian. Sedangkan perniagaan juga memerlukan waktu yang munasabah untuk mengaut keuntungan yang besar inikan pula perdagangan.

Anda juga tidak sepatutnya cepat melatah dengan kerugian kerana ia secara fitrahnya wujud dalam aktiviti perdagangan.

Justeru, anda wajib untuk hadam rahsia winning trade ini dan faham bagaimana ia boleh membawa fungsi bersama. Jangan pula anda fikir anda akan jadi jutawan dalam masa beberapa hari sahaja. Itu ‘scammer’ namanya.

Letakkan kesabaran dan disiplin yang tinggi. Insya Allah ia akan membantu anda meningkatkan peluang untuk anda berjaya dalam perdagangan yang sangat kompetitif ini.

Mahu jadi trader yang berjaya? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami. Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.