PELABURAN VS TRADING

Tahukah anda bahawa pelaburan vs trading(perdagangan) adalah dua perkara yang sangat berbeza. Kedua-dua kaedah ini membantu anda untuk memperoleh keuntungan dalam pasaran kewangan. Akan tetapi, jika ianya tidak dilaksanakan dengan betul, ianya boleh memakan modal anda. Jom kita ketahui apakah perbezaan antara pelaburan vs trading.

Rata-rata beranggapan bahawa pelaburan dan perdagangan merupakan perkara yang sama sahaja. Pernyataan tersebut sebenarnya kurang tepat kerana secara umumnya pelaburan hanya berfokuskan pulangan atau keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa yang panjang.

Manakala, perdagangan pula memantau harga saham dan mencari peluang sebaik mungkin dalam pasaran turun naik saham demi mengaut keuntungan yang kecil, lebih kerap dan jangka masanya yang lebih pendek. Mari kita kaji lebih mendalam perbezaan antara pelaburan dan juga perdagangan.

Kadar Penanggungan Risiko

Kadar risiko pelaburan dan perdagangan adalah sangat berbeza. Hal ini kerana kedua-duanya mendedahkan wang kita kepada risiko yang berbeza. Oleh itu, pelabur dan pedagang(trader) perlu untuk mengetahui kadar risiko yang mereka sanggup terima apabila mereka memulakan pedagangan dan pelaburan.

Antara faktor yang perlu diambil kira adala kadar turun dan naik (flatuation) sesuatu pelaburan. Lebih tinggi kadar flactuation, lebih tinggi kadar risiko yang pelu dihadapi oleh pelabur dan pedagang tersebut. Walaubagaimanapun, kadar fluctuation yang tinggi ini juga menarik untuk menjana keuntungan.

Strategi yang digunakan

Pelaburan lebih ke arah ‘buy to hold’ dimana ia dikenali sebagai pendapatan pasif tanpa mengira turun dan naik jangka pendek. Hal ini kerana pelabur mempunyai tujuan untuk mengekalkan pelaburan yang sangat stabil dari semasa ke semasa.

Disebabkan pelaburan ini dalam kategori jangka masa panjang, secara tidak langsung ia telah memberi kelebihan dimana para pelabur tidak perlu sentiasa aktif dan secara amnya boleh melambatkan cukai atas keuntungan modal.

Manakala perdagangan pula lebih kepada ‘buy to sell’ dimana traders akan membeli saham apabila harga saham tersebut jatuh ataupun murah kemudian menjual saham tersebut ketika harga saham itu naik demi meraih keuntungan.

Kelebihan bagi perdagangan adalah ia mudah dilakukan. Pada zaman sekarang, anda boleh menjual saham tersebut pada bila-bila masa hanya di hujung jari anda sahaja!

Tools yang terlibat

Pelaburan menggunakan analisis asas. Hal ini termasuk kepada kewangan syarikat, analisis pasaran dan tidak ketinggalan juga, keadaan makroekonomi negara semasa.

Sebagai contoh, para pelabur akan menganalisis kunci kira-kira untuk melihat aset, liabiliti dan ekuiti syarikat pada masa tertentu. Selain itu, penyata pendapatan syarikat juga dalam pemerhatian dimana ia melibatkan aktiviti penjualan, perbelanjaan dan keuntungan untuk menilai prestasi syarikat. Seterusnya rekod aliran masuk dan keluar tunai juga diambil kira kerana syarikat tidak boleh memanipulasi keadaan tunai syarikat.

Perdagangan pula berfokus kepada analisis teknikal seperti trend dan statistik daripada aktiviti perdagangan iaitu harga dan jumlah saham. Ia juga merupakan disiplin bagi seorang trader dimana mereka perlu menilai dan mengenalpasti peluang perdagangan dalam trend harga dan corak graf dari platform perdagangan itu sendiri.

Bahkan, penganalisis teknikal juga telah menyimpulkan bahawa pergerakan harga sekuriti dan aktiviti perdagangan masa lalu sangat membantu untuk mengukur pergerakan harga saham pada masa akan datang.

Kesimpulan

Justeru, sebelum anda mula melabur, anda wajib kenalpasti sama ada anda sanggup mengambil risiko tinggi atau rendah dalam pelaburan vs trading. Kenalpasti dahulu, barulah anda dapat agak kemungkinan yang boleh berlaku seterusnya tidak cepat melatah.

Berminat dengan pelaburan dan perdagangan? Jom dapatkan ilmu pelaburan dan perdagangan yang berkualiti serta strategi-strategi yang efektif bersama SmartSaham Wyckoff Trading Blueprint dimana peserta akan diajar menjadi seorang pelabur dan pedagang yang serba boleh, bijak pandai dan PROFESSIONAL.

Mahu jadi trader yang berjaya? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami. Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.