KIRAAN KEUNTUNGAN SAHAM

Berapakah keuntungan pelaburan saham yang anda lebih inginkan? Pulangan yang kecil atau adakah pulangan yang lebih besar?

Sudah semestinya semua orang inginkan perkara yang sama iaitu keuntungan yang lebih besar. Namun dalam membuat kiraan keuntungan saham, hasil kiraan kadar keuntungan saham adalah berbeza bergantung pada cara kiraan yang digunakan.

Market berdarah, tetap untung!!!

Dalam penulisan kali ini, admin ingin berkongsi berkenaan beberapa cara kiraan kadar keuntungan tahunan saham dan perbezaan antara cara-cara tersebut.

Disebalik perbezaan diantara cara kiraan ini, cara kiraan yang manakah yang terbaik dan menggambarkan realiti pulangan yang sebenar. Yang dimaksudkan dengan realiti pulangan sebenar disini ialah, teknik atau cara kiraan yang manakah yang mampu memberi gambaran sebanyak manakah jumlah yang diperolehi seseorang pelabur pada satu tempoh yang tertentu.

Kaedah Purata

Antara teknik yang sering digunakan dalam mengira pulangan tahunan saham ialah purata aritmetik ataupun purata mudah (Simple Return). Kaedah ini sering digunakan kerana ianya mudah dan cepat.

Namun, apabila kita ingin mengetahui pulangan tahunan yang dilaburkan semula pada tahun berikutnya, kaedah purata mudah adalah kurang tepat. Mari kita lihat contoh pulangan yang sama, tapi dengan menggunakan kaedah purata mudah menggunakan contoh berikut.

Buat duit melebihi 30% dengan warrant?

Tahun Pertama20%
Tahun Kedua -10%
Tahun Ketiga6%
Kajian Kes

Purata mudah = (20% – 10% + 6%) / 3 = 5.33%

Jika kita mendapat pulangan sebanyak 5.33% setiap tahun, ilustrasi pelaburan anda adalah seperti berikut.

Tahun Pertama : RM 1000 + 5.33% = RM 1053.30

Tahun Kedua     : RM 1053.30 + 5.33% = RM 1109.44

Tahun Ketiga      : RM 1109.44 + 5.33% = RM 1168.57

Labur atau trade? Mana lebih baik

Akan tetapi, kiraan sebenar pelaburan yang kita buat adalah seperti berikut sepanjang tempoh 3 tahun tersebut:

Tahun Pertama : RM 1000 + 4.61% = RM 1046.10

Tahun Kedua     : RM 1046.10 + 4.61% = RM 1094.33

Tahun Ketiga      : RM 1094.33 + 4.61% = RM 1144.77

Seperti yang kita lihat, kaedah aritmetik ataupon purata mudah ini kurang sesuai digunakan untuk menggambarkan realiti pulangan tahunan saham yang sebenar.

Compound Average

Diantara teknik yang ada ialah kaedah purata geometri yang juga dikenal sebagai “compound average” yang mempunyai ciri yang terbaik dalam memberikan gambaran sebenar pulangan pelaburan. Sebagai contoh, katakan kita mempunyai pulangan tahunan seperti berikun.

Untuk mengira menggunakan kaedah compound average ini, kita perlu untuk menambah 1 pada setiap pulangan tahunan berikut, hasilnya adalah 1.20, 0.90 dan 1.06. kemudian kita kalikan ketiga-tiga pulangan tahunan berikut dan dikuasakan dengan kuasa 1/3. Ini adalah kerana kita menggunakan tempoh tiga tahun.

(1.20)*(0.90)*(1.06)^1/3 = 1.0461

Akhir sekali kita tolak semula hasil dapatan tersebut dengan 1 dan kita akan dapat 0.0461 ataupon dalam bentuk peratusnya 4.61%. Ini bermaksud pulangan tahunan kita adalah 4.61% bagi tempoh tiga 3 tahun.

Cara nak elak rugi dalam saham?

Adakah hasil dapatan daripada compund average ini menggambarkan realiti pulangan saham yang sebenar? Mari kita lihat bagi contoh pelaburan berjumlah RM 1000.

Jumlah Asal = RM 1000

Tahun Pertama : RM 1000 + 20% = RM 1200

Tahun Kedua     : RM 1200 – 10% = RM 1080

Tahun Ketiga      : RM 1080 + 6% = RM 1144.80

Rahsia cari saham berkualiti

Manakala jika kita mendapat pulangan sebanyak 4.61% setiap tahun, kita akan dapat seperti berikut.

Tahun Pertama : RM 1000 + 4.61% = RM 1046.10

Tahun Kedua     : RM 1046.10 + 4.61% = RM 1094.33

Tahun Ketiga      : RM 1094.33 + 4.61% = RM 1144.77

Menggunakan kaedah pengiraan ini, ianya lebih hampir dengan pulangan pelaburan sebenar.

Mungkin perbezaan antara 5.33% dan 4.61% bukanlah begitu ketara hanya 0.75% sahaja. Dalam contoh ini dalam tempoh tiga tahun, perbezaan ini akan menyebabkan anggaran kita terlebih sebanyak RM 23.80 bersamaan 2%. Untuk jangka masa panjang, perbezaan ini akan menjadi jauh lebih besar. Sebagai contoh dalam tempoh 10 tahun, perbezaan ini akan menyebabkan anggaran kita terlebih sebanyak RM 111.42  bersamaan 7%.

Penutup

Compound average memberi gambaran yang lebis jelas untuk menggambarkan realiti pulangan tahunan ataupon bulanan yang sebenar dalam tempoh masa yang dikehendaki.

Dalam apa jua jenis pelaburan terutamanya saham, amat penting untuk kita faham, kira dan rekod segala prestasi pelaburan kita. Supaya dalam jangka masa panjang, kita dapat tambah baik skil dan prestasi semasa pelaburan kita.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan Home Run Stock?

Apa pandangan anda? Apakah kaedah yang anda gemar gunakan untuk kira keuntungan pelaburan anda? Tinggalkan komen anda di bawah

Nak tahu tips dan trick nak buat lebih banyak duit dalam saham? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.