KELAHIRAN GERGASI TELCO; GABUNGAN AXIATA & DIGI

Pada 8 April baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita berkenaan dua syarikat telco gergasi di Malaysia akan bergabung iaitu Axiata dan Digi. Adakah ia memberi satu impak yang besar kepada industri telco?

Yang lebih utama, adakah ia menguntungkan pemegang sahamnya?

Kelebihan dan hasil dari gabungan Axiata dan Digi

  1. Membina satu syarikat telco gergasi di mana Axiata dan Digi bersama dengan skala gabungan yang besar dari segi operasi, kecekapan, kemahiran, kewangan dan pengalaman yang luas mereka dalam industri.
  2. Kerajaan telah mengumumkan MyDigital Blueprint yang menggariskan halatuju strategik perkembangan ekonomi kearah negara yang lebih berdaya saing di dalam norma baru ini.
  3. Industri  telco akan memainkan peranan penting dalam membantu keputusan kerajaan untuk mencapai teknologi 5G dan memberikan servis rangkaian jalur lebar yang lebih berkuali dan berkelajuan tinggi.
  4. Axiata dan Telenor (Digi) juga telah bersetuju untuk membina pusat inovasi bertaraf dunia sebagai pemangkin untuk revolusi industri 4.0 di dalam transformasi digital dan membina teknologi 5G.

Apakah yang pelabur perlu tahu?

Pemangkin

Banyak insentif yang akan di keluarkan sebagai pemangkin. Antaranya adalah sebanyak RM 21 bilion akan dilaburkan melalui insentif “Jendela” dan RM 15 bilion akan dilaburkan untuk bina rangkaian 5G di seluruh negara.

Fundamental

Gabungan Axiata dan Digi dijangka menjadi syarikat gergasi yang akan mendahului provider telco yang lain dari segi nilai, hasil dan keuntungan. Jangkaan hasil jualan sebanyak RM 12.4 bilion dan anggaran keutungan sebanyak RM 5.7 bilion dengan jangkaan sebanyak 19 juta pelanggan.

Idea

Gabungan Axiata dan Digi mengambil peluang untuk grab insentif kerajaan untuk membina infastruktur negara ke arah 5G.

Numbers

Market share berdasarkan tiga syarikat telco terbesar di Malaysia

Boleh dikatakan apabila Celcom dan Digi bergabung, mereka boleh menguasai 60 ke 70 peratus daripada pasaran. Mereka akan menjadi “Market leaders” dan menguasai pasaran telco. Jika anda adalah seorang value investor, anda akan tertarik dengan gabungan ini kerana “Market leaders” mampu menjana lebih banyak keuntangan melalui sebahagian besar pasaran yang mereka kuasai.

Siapakah yang akan jadi pemegang syer Axiata x Digi Bhd?

Kedua-dua Axiata dan Telenor mempunyai jumlah pegangan dan kuasa yang sama. Akan tetapi Axiata mempunyai kelebihan kerana Axiata merupakan syarikat dalam negara manakala Telenor merupakan syarikat luar negara. Kedua-dua mempunyai kuasa yang sama, namun Axiata mempunyai sokongan daripada PNB dan KWAP.

Mahu jadi trader yang berjaya? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami. Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.