Belakangan ini, makin ramai yang mengadu telah memasuki scam pelaburan. Kebiasaannya modus operandi yang digunakan oleh pihak pelaburan scam ini adalah tidak jauh berbeza dan sebagai pelabur, anda perlu bijak dalam menghidu pelaburan-pelaburan scam sebegini.
Jika anda ingin mula melabur, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu terlebih dahulu. 4 perkara ini boleh menjadi kriteria tapisan awal untuk anda mengelakkan diri anda daripada tersilap masuk scam pelaburan.
Adakah Indvidu Tersebut Berlesen?
Kebanyakan “scammer” sangat mahir dalam seni memperdaya orang awam dengan menggunakan pelbagai taktik dan cara yang diubah suai berdasarkan kelemahan mangsa-mangsa mereka.
Pelabur yang bijak perlu melakukan “background check” terhadap promoter / agent / consultant yang mempromosikan apa-apa peluang pelaburan. Berikut beberapa perkara yang perlu diambil tahu apabila seseorang mempromosikan peluang pelaburan kepada anda
- Pastikan mereka berlesen untuk memporomosikan pelaburan tersebut.
- Ambil tahu apa qualification yang beliau ada.
- Nama syarikat pelaburan yang diwakili.
Adakah Pelaburan Tersebut Berdaftar Dengan Badan Berautoriti?
Di Malaysia terdapat berautoriti membantu untuk melindungi rakyat Malaysia iaitu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau Security Comission Malaysia (SC).
Sebarang promosi atau penjualan produk berkaitan pelaburan mestilah berdaftar dengan SC terlebih dahulu. Skim pelaburan yang berdaftar adalah sangat penting agar pelabur dapat akses kepada maklumat-maklumat lengkap berkaitan syarikat pelaburan tersebut seperti kaedah pelaburan, pengurusan syarikat, produk, caj yang dikenakan.
Pelabur boleh memeriksa senarai syarikat-syarikat yang berdaftar di laman web rasmi SC. Pelabur juga boleh memeriksa senarai syarikat yang berada dalam senarai berjaga-jaga “investor alert list”.
Apakah Risiko Yang Terlibat?
Pelaburan yang berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi sinonim dengan risiko yang lebih besar, “high risk high reward”. Memahami timbang-tara antara risiko dan pulangan ini akan membantu pelabur membezakan antara peluang pelaburan yang realistik atau hanya skim cepat kaya dan penipuan pelaburan semata-mata.
Tiada pelaburan legit yang mampu memberikan keuntungan yang tinggi tanpa melibatkan apa-apa risiko. Kebanyakan pelaburan yang mempunyai kriteri berpotensi sebagai scam mengumpan mangsa dengan peluang keuntungan yang sangat tinggi tanpa melibatkan risiko atau risiko yang terlalu sedikit.
Adakah Anda Memahami Pelaburan Tersebut?
Pelabur yang baik sentaiasa memastikan mereka memahami secara menyeluruh bagaimana sesuatu instrumen pelaburan itu berfunsi. Ini adalah sangat penting bagi memastikan mereka dapat mengoptimumkan peluang pelaburan yang ada. Pastikan anda membaca terlebih dahulu prospektus pelaburan tersebut dengan teliti. Jika anda masih kurang pasti bagaimana pelaburan tersebut berfungsi, dapatkan nasihat perancang kewangan yang berlesen.
Pelaburan pada masa kini sudah menjadi satu keperluan oleh kerana keperluan kewangan yang kian meningkat. Pelajari ilmu pelaburan dari mereka yang bertauliah dan berpengalaman yang sudah menjalani naik turun dalam pelaburan. Belajarlah dari kesilapan mereka supaya kita tidak mengulanginya.
Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.
Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!