Apa itu ADTV?
ADTV adalah purata bilangan unit saham yang didagangkan dalam sehari. Volume harian adalah bilangan unit saham harian yang didagangkan. Purata volume harian boleh diambil bagi tempoh yang dinginkan untuk mendapatkan nilai ADTV. Purata ini sangat penting kerana volume yang tinggi mahupun rendah mampu untuk menarik minat pelabur dan pedagang yang berbeza.
Kebanyakan pelabur dan pedagan lebih senang dengan purata volume harian yang tinggi berbanding yang rendah, kerana saham yang mempunyai volume yang tinggi lebih senang untuk pelabur keluar dan masuk pegangan mereka. Saham dengan volume yang rendah mempunyai bilangan “buyer” dan “seller” yang rendah, dan oleh sebab itu ia lebih sukar untuk pelabur keluar dan masuk pada harga yang diingini.
ADTV ini kebiasaanya dikira bagi tempoh 20 dan 30 hari. Purata ini dikira dengan menjumlahkan semua volume harian bagi tempoh yang diingini dan dibahagikan jumlah tersebut dengan tempoh tersebut. Sebagai contoh, jika anda inginkan purata volume harian bagi tempoh 20 hari. Campurkan jumlah volume bagi 20 hari dan bahagikan dengan 20 untuk mendapatkan ADTV bagi tempoh 20 hari.
Pergerakan saiz volume ini menggambarkan sesuatu sedang berlaku dengan saham tersebut yang menarik lebih banyak minat pelabur. Ini boleh menjadi bullish mahupun bearish bergantuk kepada kemana arah tujuan harga saham tersebut.
Volume yang menurun menujukkan kurangnya minat dikalangan pelabur. Namun volume yang semakin mengering ini boleh menjadi berguna kerana apabila volume kembali meningkat, ia sering ditemani oleh penolakan harga yang kuat.
Maksud disebalik nilai ADTV
Apabila nilai ADTV meningkat atau menurun secara mendadak, ia menunjukkan terdapat perubahan minat ataupun perubahan tanggapan para pelabur terhadap saham tersebut. Purata volume yang tinggi kebiasaannya menggambarkan saham tersebut sedang aktif, mempunyai nilai spread yang rendah dan kebiasaannya kurang volatile. Volume yang tinggi boleh mengurangkan volatility kerana untuk menggerakkan harga saham tersebut, ia memerlukan jumlah trade yang lebih besar.
Tapi ianyaa tidak bermaksud saham dengan volume yang tinggi tidak mempunyai pergerakan harga yang besar. Saham boleh mempunyai pergerakan harga yang besar apabila mempunyai volume yang tinggi berbanding purata volume kebiasaannya.
ADTV ini boleh menjadi kayu ukur bagi kecairan (liquidity) bagi saham. Volume yang tinggi menunjukkan lebih banyak buyer dan seller yang terlibat dalam transaksi jual beli saham tersebut, menyebabkan para pelabur boleh melakukan transaksi dengan lebih mudah dan cepat.
ADTV sangat berguna dalam menganalisa pergerakan harga saham. Apabila berlakunya “breakout” dalam mana-mana saham, ia sering diikuti dengan jumlah volume yang tinggi untuk mengesahkan “breakout” tersebut. Kurangnya volume boleh dikatakan “breakout” tersebut ada kemungkinan untuk gagal.
Volume juga boleh mengesahkan jika pergerakan harga sesuatu saham untuk pergi lebih tinggi atau lebih rendah. Ketika berlaku penolakan harga samada ke atas mahupun ke bawah, volume juga perlu untuk tinggi. Jika tidak, ia mungkin menggambarkan kurangnya minat dikalangan pelabur untuk terus menolak harga tersebut, dan harga saham itu mungkin akan kembali kepada harga asalnya semula.
Apabila volume jauh lebih tinggi dari purata, kadang-kadang ia juga menggambarkan klimaks bagi pergerakan harga. Banyak saham yang bertukar tangan pada harga tersebut sehingga tiada orang yang masuk untuk terus menolak harga. Pergerakan harga yang tinggi/cepat ditambah pula dengan kenaikan volume yang tinggi/cepat merupakan petanda akan berlakunya ‘reversal’.
Aplikasi Kaedah ADTV
Perlu untuk kita tahu bahawa ADTV hanyalah merupakan purata. Pada hari-hari tertentu akan berlakunya pergerakan diluar dari kebiasaannya sama ada volume menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi berbanding volume purata.
ADTV juga akan berubah mengikut masa, akan menaik dan menurun. Oleh sebab itu perlu untuk dilihat secara berkala bagi memastikan saham tersebut masih berada dalam purata yang anda inginkan.
Perubahan ketara pada volume memberi isyarat bahawa sesuata sedang berlaku dan perubahan ini boleh jadi menguntungkan dan boleh jadi merugikan pelabur. Volume tidak dapat memberitahu yang mana satu sedang berlaku, akan tetapi kita perlu untuk melakukan tindakan serta kajian selanjutnya untuk menentukan perkara tersebut.
Apa pandangan anda? Adakah anda berminat nak tahu macam mana nak buat duit melalui saham? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.
Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.
Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!