Shareholder vs. Stakeholder

Dalam dunia pelaburan, dua nama yang seakan-akan sama yang biasa didengari adalah shareholder dan stakeholder. Walaupun bunyinya hampir sama, peranan mereka berbeza di dalam pelaburan.

Shareholder sentiasa merupakan salah seorang stakeholder akan tetapi stakeholder tidak semestinya merupakan seorang shareholder.

Shareholder memiliki pemilikan di dalam syarikat melalui pegangan saham syarikat, manakala stakeholder mempunyai keinginan dan lebih berminat terhadap prestasi syarikat atas sebab selain daripada pergerakan harga saham syarikat.

Oleh itu, stakeholder mempunyai keperluan yang lebih untuk melihat kejayaan syarikat dalam jangka masa panjang.

Shareholder

Shareholder merupakan seorang individu ataupon institusi yang memiliki paling kurang satu unit saham syarikat tersebut, dan disebabkan itu mereka mempunyai kepentingan dan kemahuan terhadapat keuntungan saham tersebut.

Contoh:

Pelabur yang mengharapkan kenaikan harga saham disebabkan saham tersebut sebahagian daripada portfolio pelaburan mereka.

Nak tahu jenis-jenis pegangan dalam saham?

Shareholder mempunyai hak undian dan mempengaruhi pengurusan sayarikat. Shareholder merupakan pemilik syarikat namun mereka tidak bertanggungjawab ke atas hutang syarikat.

Stakeholder

Stakeholder boleh terdiri daripada berikut:

  1. Pemilik syarikat dan shareholder
  2. Pekerja syarikat
  3. Pemberi hutang kepada syarikat
  4. Pengguna ataupon pembeli yang bergantung kepada syarikat tersebut untuk membekalkan servis ataupon produk
  5. Pembekal ataupon peniaga yang bergantung kepada syarikat tersebut untuk mengekalkan jualan mereka.

Namun shareholder merupakan kumpulan terbesar dikalangan stakeholder disebabkan prestasi syarikat meberi kesan secara terus terhadap mereka.

Shareholder boleh menjual pegangan saham yang mereka ada dan membeli saham lain. Mereka tidak terikat dengan syarikat kerana tidak mempunyai kepentingan jangka masa panjang terhadap syarikat tersebut.

Manakala Stakeholder akan terikat buat jangka masa panjang atas sebab kepentingan yang lebih besar.

Contoh:

Apabila syarikat menujukkan prestasi kewangan yang teruk, penjual dan peniaga yang berada di dalam rantaian bekalan syarikat tersebut akan terjejas jika servis ataupon produk mereka sudah tidak digunakan oleh syarikat.

Begitu juga dengan pekerja syarikat yang bergantung kepada gaji yang diberikan, mungkin akan kehilangan kerja.

Ringkasan

Shareholder sentiasa merupakan stakeholder dalam sesuatu syarikat, akan tetapi stakeholder belum tentu merupakan shareholder.

Shareholder memiliki sebahagian daripada syarikat tersebut melalui pegangan saham, manakala stakeholder ingin melihat kejayaan syarikat atas sebab selain daripada prestasi saham.

Shareholder tidak perlu untuk melihat kepentingan jangka masa panjang oleh kerana mereka boleh menjual saham tersebut pada bila-bila masa. Manakala stakeholder kebiasaanya terikat buat jangka masa panjang dan mempunyai kepentingan untuk melihat syarikat tersebut berjaya.

Apa pandangan anda? Apakah adakah anda berminat nak jadi pelabur dalam saham? Tinggalkan komen anda di ruangan komen.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

Anda akan diperkenalkan pelbagai ilmu untuk melahirkan trader yang versatile, berkeyakinan, bijak dan matang dalam trade. Jom, apa tunggu lagi!

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.