Psikologi dalam Trading

Psikologi merupakan ciri-ciri mental atau tingkahlaku, baik individu mahupun berkumpulan. Tahukah anda bahawa dalam trading juga sebenarnya menggunakan psikologi manusia dimana ia boleh mempengaruhi kejayaan dan kegagalan anda ketika melabur saham.

Secara tidak langsung, ia juga menyebabkan anda menjadi lebih rasional dalam membuat keputusan berbanding trader lain. Psikologi yang diperlukan terdiri daripada emosi, berfikiran cepat, dan disiplin semasa trading. Jom kita fahamkan betapa pentingnya psikologi ini dalam trading.

Dapat Membuat Keputusan dengan Cepat

Semestinya dalam dunia trading ini anda perlu berfikir dan membuat keputusan dengan cepat disebabkan saham keluar masuk dalam jangka waktu yang singkat. Rentetan daripada senario itu, anda memerlukan kemahiran berfikir yang tertentu seterusnya bertindak tanpa ‘dikawal’ oleh emosi semata.

Boleh Memahami Ketakutan

Ketakutan itu akan lahir secara semulajadi jika saham yang anda laburkan itu cenderung ke arah kerugian. Hal ini akan menyebabkan anda bertindak balas secara berlebihan dan fobia untuk melabur lagi. Namun begitu, jika anda mempunyai ilmu psikologi, anda mungkin dapat mengelakkan kerugian.

Rahsia Buat Duit Konsisten Dalam Saham

Bagi trader yang mendalami ilmu psikologi dalam trading akan melihat ancaman seperti itu adalah potensi keuntungan mereka. Oleh itu, anda harus mengenalpasti tahap ketakutan anda, mempertimbangkan perkara yang membuat anda takut dan sebab anda takut dengannya. Waktu yang terbaik untuk kenalpasti adalah sebelum saham itu cenderung untuk rugi.

Dengan memahami ketakutan, anda akan mempunyai persepsi dari sisi lain terhadap ketakutan anda seterusnya bertindak balas tanpa mengikut emosi secara melulu. Tidak dinafikan bahawa ianya bukan sesuatu yang mudah, tetapi ia sangat berbaloi demi kesihatan portfolio pelaburan anda.

Mampu Melawan Sifat Ketamakan

Pernahkah anda mendengar pepatah seperti “The pigs get slaughtered”? Bagi yang pertama kali mendengarnya, pepatah ini sebenarnya menggambarkan sikap trader yang tamak dimana mereka mempunyai keinginan untuk memperolehi keuntungan dengan jangka masa panjang dan secara tiba-tiba mengalami kerugian yang teruk.

Anda perlu tahu bahawa dalam dunia trading ini, pasaran saham sentiasa berubah dan sukar diramal dengan tepat. Ini bermaksud, akan ada turun naik harga saham dalam pasaran dimana risiko untuk anda mengalami kerugian adalah besar. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Tetapkan Peraturan

Jika anda mahu menjadi trader yang berjaya, anda perlu tetapkan garis panduan berdasarkan keupayaan anda menghadapi risiko ketika melabur. Hal ini demikian kerana, ia adalah sebagai senjata untuk anda mengetahui waktu terbaik untuk anda keluar masuk dari dunia trading.

Bukan itu sahaja, panduan ini juga adalah sebagai pendapat sampingan untuk anda mengetahui kewajaran dalam jual beli saham pada waktu-waktu yang tertentu. Seperti yang sudah sedia maklum, langkah terbaik untuk mengelakkan anda dari cepat melatah adalah dengan menentukan had maksimum keuntungan dan kerugian dalam sehari.

Sebagai contoh, jika anda telah mencapai maksimum keuntungan pada hari ini, anda boleh mengambil duit tersebut dan sebagai penutup untuk harini ini. Manakala jika anda mengalami kerugian, anda boleh berundur dari terus melabur untuk buat seketika.

Nak Tahu Rahsia Buat Duit Dalam Bear Market !!?

Kesimpulan

Adalah menjadi kewajipan untuk anda sebagai seorang trader untuk memahami psikologi ini kerana ianya telah terbukti kepentingan dan keberkesanannya dalam dunia trading. Sebahagian daripada itu juga adalah untuk tujuan anda memahami mengapa seseorang itu membuat keputusan yang tidak rasional dalam pelaburan.

Apa pandangan anda? Adakah pasaran saham ini perlu disertai oleh para wanita atau ianya perlu dibiarkan didominasi oleh kaum lelaki? Tinggalkan komen anda di bawah

Nak tahu tips dan trick nak buat lebih banyak duit dalam ? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami.

Berminat dengan saham? Tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan rasional ketika melabur? Tips untuk mengelakkan anda dari sentiasa rugi? Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.