Rahsia Buat Duit Dalam Bear Market !!

Short selling merupakan kaedah untuk pelaburan atau perdagangan yang berspekulasi untuk menurunkan nilai atau harga saham lain.

Ia adalah satu pendekatan yang kompleks dan dinasihatkan dilakukan oleh para trader yang berpengalaman dan mahir sahaja.Untuk mereka yang baru menceburi bidang pelaburan dan perdagangan, anda tidak digalakkan menggunakan short selling ini.

Hal ini demikian kerana, short selling dibuat apabila traders meminjam saham dengan menjualnya dahulu di pasaran terbuka dan berharap harga saham itu akan jatuh supaya mereka boleh membeli saham tersebut dengan harga yang jauh lebih murah. Perbezaan di antara harga jual dan harga beli ini adalah keuntungan bagi short seller ini.

Berbeza pula dengan long selling, apabila traders akan membeli saham dahulu seperti biasa dan akan menjualnya sewaktu pasaran saham itu melonjak naik. Dalam erti kata lain, traders akan menunggu harga saham itu menaik dahulu kemudian barulah mereka menjualnya untuk mendapatkan keuntungan.

Kebiasaannya pasaran masa depan dan pasaran komoditi sahaja yang popular dengan keadah ini. Namun begitu, bagi retail traders, mereka jarang sekali menggunakan kaedah short selling malahan sesetengah broker tidak membenarkan klien untuk melakukan short selling disebabkan uncertainty dan risiko yang sangat tinggi.

Adakah Patuh Syariah?

Malang sekali, intraday short selling (IDSS) ini melanggar hukum syariah sekaligus tidak sesuai untuk para trader yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana, tidak dapat dinafikan bahawa short selling mampu membawa pulangan yang besar, namun kerugian juga dapat meningkat dengan cepat dan tanpa had disebabkan panggilan margin.

Untuk pengetahuan anda, short selling diuruskan oleh Securities Borrowing License (SBL) ataupun dikenali sebagai Lesen Pinjaman Sekuriti. Ini bermaksud, para trader meminjam saham itu daripada broker saham dengan menggunakan mekanisme SBL ini.

Walaubagaimanapun, Regulated Short Selling (RSS) dibenarkan kerana ianya melibatkan kontrak yang berbeza. RSS adalah satu aktiviti short selling yang tidak sama dengan IDSS. Anda boleh berhubung dengan broker anda untuk mengetahui sama ada mereka menyediakan RSS atau tidak.

MPS dalam mesyuarat ke-69  pada 18 April 2006, telah memutuskan bahawa jualan singkat terkawal (regulated short selling atau RSS) selaras dengan Syariah kerana kewujudan SBL dalam RSS telah menghapuskan unsur gharar.

Resolutions of the Securities Commission Shariah Advisory Council Second Edition (2006)

Siapa yang Dibenarkan Membuat Short Selling?

Akan tetapi, jika anda berminat untuk membuat short selling, syarat utama ialah anda mesti mempunyai kemampuan yang sangat tinggi untuk menampung kerugian sekiranya anda membuat keputusan yang salah. Sebagai contoh, saham yang dipinjam tiba-tiba meningkat, bagaimana anda mahu menutup harga yang lebih tinggi itu?

Oleh sebab itu, tidak ramai remiser dan broker yang mengizinkan klien mereka untuk melakukan aktiviti short selling ini. Hanya klien yang mempunyai kemampuan dan ilmu sahaja yang dibenarkan melakukannya. Anda boleh menghubungi remiser dan broker anda untuk tujuan tersebut.

Kesimpulan

Strategi ini bukanlah strategi yang kerap digunapakai oleh para trader, tetapi ianya satu kaedah yang memberikan kelebihan bagi mereka yang menguasainya. Menarik kan? Tatkala pasaran jatuh dengan teruk, kita masih boleh membuat duit daripada pasaran sedangkan orang lain mengalami kerugian besar dalam portfolio mereka.

Seperti yang sudah sedia maklum, tidak semua saham dibenarkan dalam short selling. Cuma saham-saham tertentu sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh membuat semakan saham-saham yang dibenarkan di laman web rasmi www.bursamalaysia.com.my. Selamat maju jaya!

Kongsikan artikel ini supaya lebih ramai yang sedar rupanya ada banyak peluang untuk buat duit dalam saham.

Nak tahu tips dan trick nak buat lebih banyak duit dalam ? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami. Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.