5 RAHSIA HOME RUN STOCK

Home Run Stock merupakan satu saham yang mengalami kenaikan luar biasa dalam tempoh masa yang singkat. Kenaikan harganya mampu untuk naik lebih dari 100% dalam masa kurang daripada 1 tahun.

Best tak kalau kita dapat ride profit kaunter saham yang macam ni? Sudah pasti best bila kita dapat kenal pasti kriteria saham yang mampu naik lebih dari 100% dalam masa kurang daripada 1 tahun ini.

Namun ada sahaja kaunter murahan dan tidak berkualiti yang boleh naik hingga 100%. Jadi penting untuk kita tapis kaunter yang sememangnya solid, ada fundamental yang baik dan bukan naik kerana spekulasi semata-mata.

Bisnes Model Yang Special

Satu kriteria yang kita perlu lihat dan kaji ialah mencari syarikat yang ada bisnes model yang special dan tidak sama dengan syarikat lain. Dalam mencari kaunter saham yang berkualiti, kiti mesti tahu apa bisnes model syarikat tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan bisnes model?

Bisnes model ialah bagaimana satu syarikat tersebut menjalankan operasi, bagaimana dia buat duit, apa yang dijual, apa strategi dia dan sebagainya.

Kita boleh simpulkan dan modelkan sesuatu bisnes itu melalui bisnes model canvas (BMC) untuk kita tahu struktur sesuatu bisnes itu, bagaimana bisnes tersebut membuat duit, bagaimana dia menguruskan perbelanjaan, bagaimana dia mampu untuk bertahan dan kekal buat jangka masa panjang.

Ciri lain bagi satu bisnes model yang special ialah satu bisnes yang mampu mengatasi bisnes model sedia ada. Sebagai contoh bagaimana Uber dan Grab mampu mengatasi bisnes teksi. Ciri ini yang mampu membuatkan sesuatu

Bila kita nampak satu company tu ada bisnes model yang mantap, di mana dia mampu menghasilkan sale dan keuntungan dengan mudah serta mampu untuk bertahan dan kekal buat jangka masa yang panjang, maka syarikat tersebut sudah memenuhi kriteria pertama bagi “Home Run Stock”.

Unfair Advantage

Unfair Advantage ini berkait denga bisnes model yang special tadi. Apa kelebihan yang syarikat tersebut ada berbanding pesaing lain. Antara perkara yang mebolehkan sesuatu syarikat itu mempunyai unfair advantage ialah sesuatu syarikat itu mempunyai niche ataupon target market yang spesifik bagi produk dan servis mereka.

Kebiasaanya meilbatkan syarikat-syarikat yang mempunyai produk dan servis yang tidak boleh disaingi oleh syarikat lain dalam niche tersebut.

Antara unfair advantage yang lain ialah apabila syarikat tersebut mempunyai barrier of entry yang tinggi di mana amat susah bagi syarikat baru untuk lawan syarikat tersebut kerana memerlukan modal yang sangat besar untuk memulakan bisnes tersebut.

Selain itu antara unfair advantage yang lain ialah syarikat yang berjaya memonopoli ataupon oligopoli pasaran. Syarikat yang berjaya memenangi tender juga mampunyai unfair advantage berbanding yang lain.

Syarikat yang mempunyai ciri kedua ini ada potensi besar untuk menjadi Home Run Stock. Contoh syarikat yang kita boleh lihat dengan jelas mempunyai unfair advantage di market US ialah Apple, Tesla, Google, Amazon, Netflix dan Disney yang mana orang susah untuk lawan syarikat mereka menyebabkan harga saham mereka makin tinggi dan tinggi.

Perkembangan Profit dan Revenue

Perlu untuk kita tengok peningkatan dalam profit dan revenue sebagai validation ataupon pengesahan bagi ciri pertama dan kedua tadi. Validation ini penting sebagai pengesahan bahawa syarikat tersebut mampu untuk meningkatkan jualan dan keuntungan.

Jika hanya bergantung dengan ciri pertama dan kedua kita ada kemungkinan untuk syarikat tersebut tidak berjaya menjadi Home Run Stock. Perlu untuk kita lihat hasil syarikat tersebut, jika ia mampu untuk meningkatkan jualan dan keuntungan yang konsisten ataupon tidak.

Key Person

Sebagai contoh luar negara kita boleh lihat Apple dahulunya ada Steve Jobs sekarang ada Tim Cook, Google ada Sundar Pichai, Microsoft ada Bill Gates, Amazon ada Jeff Bezos dan Tesla ada Elon Musk.

Ciri ke empat ini ialah syarikat tersebut mempunyai key person yang menjadi idola dan ikutan ramai, seorang yang genius, mempunyai etika kerja yang tinggi, disiplin, sentiasa ada idea baru.

Jika syarikat diterajui oleh orang-orang seperti ini, syarikat tersebut mempunyai potensi yang sangat tinggi. Disebabkan idea-idea baru daripada mereka, mendapat perhatian ramai, disukai ramai dan mampu untuk menarik pelabur-pelabur baik di dalam dan juga di luar negara.

Bila ada key person ini, secara tidak langsung pengurusan syarikat lebih efisyen dan efektif. Di Malaysai juga ada orang-orang seperti ini, antaranya ialah Tony Fernandes, Dato’ Karim dari Serba Dinamik dan sahabat karibnya Dato’ Awang Daud.

Melalui Fasa Wyckoff Accumulation

Untuk kita mencari kaunter saham yang boleh meletup dari segi chart, dari segi pergerakan duit dan pergerakan pelabur, ia mesti ada “cause & effect”.

Untuk sesuata saham untuk naik tinggi mesti ada sebab macam mana dia naik tinggi. Dari segi chart melalui wyckoff method saham tersebut mestilah melalui fasa accumulation yang mencukupi. Ini merupakan rahsia untuk kita mencari melalui melihat carta sahaja.

Fasa accumulation wyckoff ialah satu peroses yang panjang di mana saham tersebut dikutip oleh pelabur-pelabur besar pada harga yang murah. Di sebabkan ini, harga tersebut akan meletup dan naik tinggi.

Di sini kita dapat lihat ada empat cara ataupon ciri yang kita perlu lihat pada penilaian bisnes dan satu cara dengan melihat chart. Jika anda dapat jumpa saham yang menepati kelima-lima kriteria ini, insyaAllah kaunter saham tersebut adalah satu kaunter yang sangat berpotensi untuk menjadi Home Run Stock boleh naik melebihi 100% dalam masa kurang setahun.

Mahu jadi dapatkan saham yang bakal menjadi homerun stocks?? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami. Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.