Kebiasaannya kita hanya terdedah dengan saham induk (mother share) sahaja kerana ia kerap dipaparkan di dalam laman web. Saham induk yang dimaksudkan adalah saham biasa dimana kita mendapat pulangan dividen daripada keuntungan syarikat yang telah kita laburkan.
Namun begitu, sebahagian daripada kita lupa atau tidak tahu bahawa sebenarnya ada produk lain juga yang boleh membawa keuntungan iaitu warrant dalam pasaran saham.
Apa itu Warrant Saham?
Ia terdiri daripada kontrak sekuriti. Warrant ini berfungsi sebagai penjamin hak kepada pemegang tetapi bukan kewajiban bagi pemegang untuk memperoleh saham biasa syarikat secara langsung untuk jangka waktu yang ditentukan pada harga yang tetap.
Ciri-ciri asas bagi warrant ialah mempunyai exercise price sebagai jaminan bahawa pemegang berhak untuk membeli aset pendasar penjual. Selain itu, ia mempunyai tempoh matang untuk pelaksanaan warrant dan ‘warrant price’ untuk trade dalam pasaran warrant.
Jenis Warrant
Company Warrant
Syarikat selalunya mengeluarkan warrant untuk mendorong pembeli membeli sekuriti baru sebagai sebahagian daripada pegangan saham mereka. Jangan risau dengan warrant tersebut. Jika saham syarikat itu sendiri patuh syariah, sudah tentu warrant daripada syarikat itu pun sama.
Bukan itu sahaja, company warrant ini sebenarnya boleh ditukarkan kepada saham induk iaitu dengan cara menggunakan simbol ‘W’ di hadapan. Sebagai contoh, DSONIC-WA, WIDAD-WA, BIMB-WA, MBL-WA, BIOHLDG-WA, SANICHI-WE dan sebagainya.
Call Warrant
Berbeza dengan Company Warrant tadi dimana Call Warrant dikeluarkan oleh pihak ketiga seperti bank atau broker kerana market percaya harga saham akan naik. Malah, penawaran ekuiti atau hutang baru oleh syarikat juga termasuk dalam warrant ini dengan tujuan untuk menambah insentif bagi melabur dalam bentuk saham atau bon.
Walau bagaimanapun, Call Warrant ini tidak sesuai bagi yang beragama Islam kerana ia tidak patuh syariah. Jika anda hendak tahu, di Bursa Malaysia warrant jenis ini mempunyai simbol ‘C’ di hadapan seperti DSONIC-CW, MBMR-CR, AEON-C2, SIMEPLT-CQ, MFCB-CL dan lain-lain.
Put Warrant
Put Warrant juga dikeluarkan oleh pihak ketiga seperti broker. Namun begitu, ia berbeza sedikit kerana warrant tersebut dipercayai oleh market bahawa harga saham induk akan jatuh. Seterusnya, keupayaan untuk menarik pelaburan besar adalah satu kelebihan bagi syarikat yang mengeluarkan warrant ini.
Walaupun begitu, warrant ini juga tidak sesuai dalam Islam kerana tidak mematuhi syariah. Hal ini demikian kerana, wujud pihak ketiga dan ia tidak berpandukan saham yang sebenar daripada syarikat itu. Warrant ini menggunakan simbol ‘H’ di hadapan contohnya CIMB-HE, GENM-HC, HSI-HDZ, HARTA-HB dan banyak lagi.
Kesimpulan
Anda tidak perlu fokus dengan saham induk sahaja kerana anda akan lebih untung jika membeli warrant yang harganya jauh lebih rendah. Akan tetapi, anda harus maklum bahawa peratusan keuntungan atau kerugian akan berbeza disebabkan perbezaan harga awal.
Sebagai contoh, anda boleh lihat counter DSONIC dalam gambar rajah di bawah.

Seperti yang ditunjukkan, harga saham induk adalah RM 0.960 manakala harga Company Warrant adalah RM 0.435. Bagi harga Call Warrant dan Put Warrant adalah sebanyak RM 0.050 dan RM 0.350. Jika anda membeli warrant yang murah, setiap kenaikan satu bid harga itu akan memberi kenaikan peratusan yang tinggi.
Contohnya, jika harga Company Warrant itu dari RM 0.435 meningkat menjadi RM 0.440, ini bermaksud ia telah meningkat sebanyak 1.15%. Berbeza pula dengan harga saham induk dari RM 0.960 meningkat menjadi RM 0.965 yang menunjukkan peningkatan cuma 0.5% sahaja. Perbezaan yang ketara bukan?
Akan tetapi, pelaburan dalam warrant ini adalah bersifat berisiko tinggi. Mahu jadi trader yang berjaya? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami. Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.