Rahsia Strategi Pelaburan

Pelaburan adalah sesuatu yang bersifat fleksibel. Sebagai contoh, jika anda merasakan pelaburan yang telah anda lakukan tidak sesuai dengan tahap risiko, anda masih berpeluang untuk mengubahnya. Walaubagaimanapun, kesilapan dalam pelaburan boleh membuatkan anda mengalami kerugian yang sangat besar.

Terdapat tiga strategi yang perlu anda fahami sebelum melabur. Strategi-strategi ini akan membantu anda dalam membuat pilihan yang lebih tepat dalam jangka masa yang panjang. Tetapi sebelum itu, anda wajib mengetahui keadaan kewangan anda seperti…

“Bagaimana keadaan kewangan anda?”

“Berapa kos sara hidup termasuk perbelanjaan dan hutang bulanan anda?”

“Berapa banyak yang anda mampu laburkan?”

Setiap persoalan tersebut adalah sangat penting kerana jika anda mempunyai hutang dan komitmen yang lain, anda perlu pertimbangkan kesan pelaburan tersebut terhadap kedudukan kewangan anda. Letakkan matlamat mengenai apa yang anda harapkan dalam pelaburan ini. Kemudian, kenalpasti tahap kesanggupan anda menghadapi risiko. Setelah itu, mendalami asas pelaburan supaya anda faham apa yang akan anda hadapi dan tidak akan melabur membuta tuli.

Strategi pelaburan value investing

Strategi pertama adalah cara anda mencari nilai sebenar pelaburan itu sendiri yang juga dipanggil sebagai value investing. Pelabur jenis ini mencari saham yang berada di bawah nilai sebenar untuk memberikan mereka safety net dalam pelaburan itu sendiri. Mereka melabur bukan kerana harga sesuatu saham itu rendah semata-mata.

Sebenarnya untuk menjadi seorang value investor, anda tidak perlu menjadi seorang pakar kewangan untuk membuat analis kewangan syarikat. Apa yang penting adalah anda tahu di mana untuk mencari maklumat tersebut dari sumber yang boleh dipercayai. Seperti yang kita tahu, pelaburan boleh diubah pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu, kebanyakan pelabur berputus asa dengan strategi disebabkan prestasi yang buruk. Hal ini disebabkan ramai pelabur membuat keputusan untuk mengeluarkan wang mereka apabila berlaku kelemahan dalam harga saham. Moralnya di sini ialah anda harus mempunyai matlamat yang betul untuk menjadi seorang value investor.

Pelabur capital growth

Strategi kedua adalah pertumbuhan pelaburan atau capital growth. Pelabur jenis ini  lebih gemar dengan potensi kenaikan yang besar dari segi perolehan saham di masa depan daripada hanya berfokuskan saham yang mempunyai potensi untuk berkembang di masa hadapan. Pelabur ini bukanlah pelabur spekulatif yang membuat keputusan secara sembarangan.

Mereka juga menilai tahap saham semasa serta potensinya untuk berkembang. Malahan, pelabur ini juga mengambil kira prospek industri di mana saham itu boleh berkembang. Hal ini kerana, sekiranya perniagaan ingin berkembang, mesti akan ada bukti permintaan yang tinggi dan kuat untuk perkhidmatan atau barangannya. Oleh itu, pelabur boleh mencari peluang  dengan mengkaji syarikat tersebut.

Pelaburan momentum investing

Strategi terakhir adalah pelaburan momentum. Pelabur momentum beranggapan  bahawa yang menang akan terus menang, manakala yang kalah akan terus kalah. Hal ini kerana, mereka berusaha untuk melabur dalam stok yang mempunyai trend menaik. Kebiasaannya, mereka akan terus menjual saham yang mengalami kerugian jika mereka fikir ia akan terus jatuh supaya tidak mengalami kerugian yang lebih besar.

Namun begitu, jualan singkat sebegini adalah pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Bukan itu sahaja, mereka memperdagangkan data dan mencari trend harga saham untuk membuat keputusan jual dan beli mereka. Bagi mereka, harga aset sepenuhnya mencerminkan semua pengetahuan yang dapat diakses oleh orang ramai.

Kesimpulannya, setelah anda mengenal pasti strategi anda, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum membuat deposit pertama ke dalam akaun pelaburan antaranya mengetahui berapa banyak wang yang diperlukan untuk menampung pelaburan tersebut termasuklah seberapa banyakkah yang anda mampu depositkan pada awal dan untuk seterusnya.

Bahkan, anda juga boleh mencari jalan terbaik untuk melabur dengan meminta khidmat nasihat daripada perancang kewangan yang berlesen. Hal ini demikian kerana, perancang kewangan akan membantu anda mengetahui risiko pelaburan anda dan jenis pelaburan manakah yang bersesuaian dengan keadaan anda.

Jadi, apakah keputusan anda? Sebarang pertanyaan lanjut atau persoalan yang ingin disentuh boleh layari ke media sosial smartsaham.com di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.