Semalam secara rasminya telah diumumkan agihan pendapatan untuk ASB sebanyak 4.6% berserta 0.5% sebagai bonus. Ada yang mengatakan jumlah ini adalah sangat sedikit berbanding instrumen pelaburan lain seperti saham.
Jom kita lihat dari perspektif yang berlainan:
1. Prestasi KLCI berada dalam keadaan negatif untuk sepanjang tahun ini. Penurunan terbanyak sekitar -14.8% berlaku sepanjang April hinggal Oktober 2022.
2. Daripada sepuluh pegangan saham apungan awam terbesar ASB (setakat laporan tahunan berakhir 2021), hanya empat sahaja yang mencatatkan kenaikan harga positif sepanjang tahun ini.
Maybank +5.90%
Sime Darby Plantation +15.7%
Sime Darby -6.21%
Axiata -25.9%
Petronas Chemical -8.63%
Maxis -19.5%
CIMB +6.90%
Telekom -8.40%
Sime Darby Property -27.3%
MISC +2.87%
3. Saiz dana ASB yang besar sebanyak RM186 bilion, di mana keseluruhan dana ini dilaburkan di dalam pasaran tempatan yang saiznya kecil (hanya sekitar RM1.7 trilion) berbanding dengan pasaran ekuiti global yang lain. Saiz dana yang besar memerlukan pengurusan risiko yang lebih ketat, dan ini memberikan cabaran untuk pengurus dana mendapatkan keuntungan yang besar.
4. Nilai seunit ASB yang tidak berubah bermaksud risiko pelaburan di dalam dana ini hampir kepada tiada. Untuk mengekalkan perkara sedemian, pengurus dana perlu membuat pengurusan risiko yang ketat seperti dinyatakan di atas dan ini selari dengan mantra pelaburan “low risk, low return”.
Setelah mengambil kira faktor-faktor di atas, adalah tidak wajar untuk kita membandingkan pulangan dari pelaburan di ASB dengan instrumen pelaburan yang lebih tinggi risikonya seperti saham atau unit amanah.
Dengan keadaan ekonomi yang mencabar dan pasaran yang merudum, pulangan sebanyak 4.6+0.5% ini sebenarnya adalah sangat berpatutan untuk instrumen yang hampir tiada risiko.
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Ingin mulakan perjalanan saham anda? Jom daftar Kelas Saham Kickstart kami
<< https://bit.ly/smartsahamkickstartJan23>>
Artikel ini juga boleh dibaca di channel Telegram kami