3 DATA-DATA EKONOMI YANG PELABUR PERLU TAHU

Pergerakan pasaran saham sangat dipengaruhi oleh data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh badan-badan penganalisa pasaran. Berikut adalah beberapa data penting yang kita perlu ambil tahu dari masa ke semasa sebagai pelabur saham.

1. Kadar Faedah atau “Interest Rate”

Kadar “interest” yang berubah-ubah boleh mempengaruhi kos sesuatu bisnes dan menyebabkan kos pinjaman untuk mengembangkan bisnes menurun atau menaik. Pendapatan atau “earnings” sesuatu syarikat akan terkesan secara negatif dengan peningkatan kadar “interest”.

2. Minyak & Gas

Data penghasilan minyak dan stok inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) adalah sangat penting untuk mengukur pergerakan harga pasaran minyak mentah seperti Brent & WTI. Harga minyak akan mempengaruhi kos pengeluaran dan juga pengedaran syarikat. Lebih tinggi kos ini, lebih kurang pendapatan syarikat dan lebih rendah jugalah penilaian harga saham syarikat.

3. Indikator Ekonomi

Ada beberapa indikator ekonomi yang penting seperti “consumer sentiment numbers/index”, data pemilikan rumah dan kadar pengangguran memberikan gambaran tahap ekonomi sebenar orang awam dan bagaimana mereka berbelanja. Pelabur yang cekap akan melihat data-data ini dan cuba untuk membuat jangkaan awal ke mana tren atau sektor mana seterusnya yang akan membuat pergerakan positif.

Data-data sebegini boleh didapati dengan sentiasa mengikuti laporan berita yang dikeluarkan portal-portal bisnes seperti Bloomberg, Reuters, The Edge atau Bernama contohnya. Maklumat ekonomi tempatan kita juga boleh didapati di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jika kita ingin menjadi pelabur yang versatil dan sentiasa berada di hadapan orang lain, data-data sebeginilah yang akan membantu kita menajamkan lagi skil dan firasat dalam melabur.

#SmartSahamAcademy

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Ingin mulakan perjalanan saham anda? Jom daftar Kelas Saham Kickstart kami
<< https://bit.ly/smartsahamkickstartJan23>>

Artikel ini juga boleh dibaca di channel Telegram kami
<< https://t.me/smartsahamcom>>

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.