Dalam pasaran saham banyak kesilapan yang dilakukan oleh para pelabur terutamanya yang baru sahaja menceburi pelaburan saham ini.
Kalau ada di antara kita yang ada terbuat, mungkin sebab tak tahu dan tak ada ilmu, inilah masanya untuk kita perhalusi lagi di mana silapnya kita sepanjang melabur.
Mari kita lihat dosa pelabur saham yang sering dilakukan dan boleh dikatakan “common” di kalangan pelabur.
Tidak belajar dan terus melabur dalam saham
Dosa atau kesilapan paling besar para pelabur ialah tidak mahu belajar. Amat bahaya sekali apabila kita melakukan sesuatu tanpa kita tahu apa-apa berkenaan perkara tersebut.
Kita akan mudah buat silap, mudah untuk ditipu orang dan dimakan hidup-hidup oleh jerung di luar sana.
Melabur hanya sekadar suka-suka, ikut gerak hati, ikut-ikut orang atau kawan akan tetapi sudah terlalu “overconfident” boleh jana keuntungan tanpa perlu belajar terlebih dahulu.
Apabila kita tidak belajar, inilah punca kerugian kita yang sebenar. Hari demi hari terus menjana kerugian demi kerugian. Dari asalnya ingin melabur kini sudah melebur.
Lagi parah apabila seseorang pelabur mempunyai sikap ego dan terus tidak mahu belajar.
Sudah belajar tetapi tidak diaplikasikan
Satu lagi kesilapan para pelabur ialah sudah belajar dan sudah habiskan banyak duit untuk pergi kelas dan sebagainya tapi tidak diaplikasikan ilmu tersebut untuk trade dan melabur.
Sebahagian pelabur takut untuk rugi, ada juga sebahagian yang lain masih tidak confident dengan ilmu yang sudah ada.
Selagi kita tidak aplikasikan selagi itu kita tidak akan dapat memahiri apa yang dipelajari tersebut. Apabila kita praktikkan secara realiti baru kita boleh latih emosi kita.
Kita dapat rasakan kerancakan adrenalin bila kita lihat duit yang kita laburkan atau trade tersebut naik dan turun.
Labur saham guna simpanan kecemasan
Kesilapan yang seterusnya ialah kita terlalu mahukan duit dengan cepat sehingga kita melabur bermodalkan kesemua duit simpanan kecemasan yang ada. Ini adalah dosa pelabur saham yang paling besar!!!
Melabur tanpa mengasingkan dahulu duit untuk simpanan adalah keputusan yang perlu dielakkan.
Ini adalah kerana pelaburan tidak lari dengan risiko, ada untung dan rugi. Jika pelaburan kita mengalami kerugian dan dalam masa yang sama ada kecemasan berlaku yang memerlukan duit secara on the spot, dimana kita ingin dapatkan duit tersebut?
Kita sudah tiada simpanan kerana duit tersebut telah dilaburkan ke akaun CDS dengan nilai yang jauh lebih sedikit akibat kerugian.
Pastikan supaya duit yang kita peruntukkan untuk pelaburan hanyalah duit yang kita sanggup untuk rugi.
Ikut Buy Call group saham secara membuta tuli
Kita kena faham di dalam pasaran saham ini ada pelbagai pihak yang masing2 ada agenda dan kepentingan sendiri. Kesilapan kita ialah apabila kita nak shortcut, kita tidak mahu belajar ilmu secara betul, kita hanya mahukan jalan pintas dengan hanya ikut group buy call secara membuta tuli.
Banyak persoalan yang kita boleh timbulkan. Apabila group itu ialah group public dan sesiapa sahaja boleh masuk.
Siapakah yang tubuhkan group tersebut? Adakah kita kenal mereke secara personal? Sejauh mana mereka boleh dipercayai? Apa motif mereka?
Secara legalnya hanya analyst yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sahaja yang boleh memberi buy call. Mereka yang tidak berlesen, jika ditangkap memberi buy call boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kesilapan kita pula apabila kita tidak kenal siapa di belakang group tersebut, dengan confident dan yakin serta percayanya kita ikut buy call yang diberikan tanpa kita faham kenapa saham tersebut dipetik dan dikatakan harga boleh naik kepada harga sekian-sekian.
Kita perlu berhati-hati berkemungkinan kita akan menjadi mangsa makanan jerung disebalik group tersebut.
Tiada trading plan atau money management
Kesilapan yang sudah menjadi kebiasaan bukan sekadar dikalangan pelabur baharu, malah pelabur-pelabur lama juga berkemungkinan masih lagi tiada trading plan dan money management yang kukuh.
Untuk kita menjana keuntungan yang lebih baik, kita perlu menguruskan risiko kerugian dalam pelaburan dengan adanya trading plan dan money management. Kita boleh mengurangkan kebocoran duit dari kerugian serta modal kita akan lebih terjamin.
Apa itu trading plan?
Basically ialah kita kena tahu dimana kita punya entry point iaitu harga untuk kita beli. Kita juga kena tahu dimana kita punya exit point iaitu harga untuk kita jual dengan jumlah keuntungan yang disasarkan. Dan kita juga perlu tetapkan berapa peratus kerugian yang kita sanngup terima sebelum kita cut loss iaitu jual bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Apa itu money management?
Money management pula ialah kita perlukan tentukan dengan modal yang kita ada, berapa banyak pecahan kaunter saham berbeza yang kita boleh beli dan berapa jumlah yang kita perlu peruntukkan untuk beli setiap satu kaunter tersebut.
Kita juga boleh tetapkan berapa risk reward ratio yang kita boleh ambil iaitu berapa banyak risiko kerugian yang kita berani untuk ambil bagi mendapatkan keuntungan yang disasarkan. Kesilapan pelabur saham adalah tidak mengurusakan risiko dalam setiap trade yang mereka lakukan
FOMO
Apa itu FOMO?
FOMO atau fear of missing out iaitu cuba-cuba untuk masuk pasaran saham kerana takut ketinggalan.
Tidak dinafikan semenjak PKP tahun 2020 ramai yang baru mula untuk berjinak-jinak dengan saham mungkin berpunca dari FOMO. Niat untuk belajar dan bermula melabur itu tidak mengapa.
Yang menjadi masalah apabila kita takut ketinggalan untuk mengejar keuntungan daripada saham-saham yang tengah melonjak naik. Takut tidak dapat kaut keuntung sekali tanpa kita tahu apa yang berlaku pada kaunter saham tersebut.
Kalau kita terlalu ikutkan perasaan, kebarangkalian untuk kita akan terperangkap dalam scheme pump & dump sangat tinggi.
Jatuh cinta dengan syarikat
Mungkin bagi pelabur yang sudah biasa dan sudah lama mula melabur, kita akan tersuka dengan mana-mana company. Perkara ini akan berlaku apabila kita pernah membuat untung beberapa kali apabila membeli saham tersebut, asal beli je untung.
Lama-lama kita sebagai pelabur akan ter“bias” dengan saham syarikat tersebut dimana akan menjejaskan keputusan serta trading plan kita. Ini adalah salah satu kesilapan pelabur saham yang perlu dielakkan. Pelabur sepatutnya membuat sesuatu keputusan yang rasional dan bukannya dengan bias.
Menggunakan setup trading plan yang sama untuk setiap fasa pasaran saham

Pasarah saham tidak sentiasa dalam fasa menaik (uptrend) dan tidak sentiasa dalam fasa menurun (uptrend). Pasaran saham mempunyai beberapa fasa iaitu fasa flat ataupun sideway (accumulation), fasa uptrend dan fasa downtrend.
Bila kita belajar dan praktikkan sesuatu setup dan trading plan, kita tidak boleh paksa setup tersebut untuk kesemua fasa.
Setup yang sesuai semasa fasa accumulation belum tentu sesuai digunakan semasa fasa uptrend dan downtrend, begitu juga sebaliknya.
Tidak faham peranan sindiket atau smart money dalam pasaran saham
Kesilapan pelabur saham yang lain ialah apabila kita tidak tahu dan tidak sedar bukan pelabur runcit sahaja yang berada didalam pasaran saham. Kita ini hanya ikan bilis di dalam lautan pasaran saham, banyak lagi badan-badan dan institusi-institusi pelaburan besar yang ada didalam pasaran saham.
Mereka mempunyai modal yang sangat besar dan mereka bijak dalam merancang permainan mereka di dalam pasaran saham.
Jika kita tidak tahu macam mana sindiket dan smart money ini buat duit, kita berkemungkinan akan terperangkap dan dibelasah dengan permainan mereka.
Habis sudah sembilan dosa atau kesilapan saham yang besar yang dilakukan di dalam pasaran saham. Cuba tinggalkan di ruangan komen, ada tak anda telah melakukan salah satu daripada dosa pelabur saham ini?
Jika ada, sama-sama kita ambil pengajaran, ambil masa untuk belajar dan kurangkan kesilapan yang biasa kita lakukan. Moga kita mengambil pengajaran dan menjadi pelabur yang berjaya.
Kongsikan artikel ini supaya lebih ramai yang sedar dosa-dosa pelabur saham ini dan kita bantu mereka untuk menyelamatkan diri daripada melakukannya.
Mahu jadi trader yang berjaya? Jom dapatkan tips lebih banyak dari kami. Ikuti media sosial SmartSaham di Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram atau SMARTSAHAM ACADEMY OFFICIAL di Youtube.