Tahun 2022 adalah tahun yang mencabar untuk pelabur saham dan tahun 2023 pula dijangka masih belum pulih sepenuhnya dari isu-isu ekonomi yang membelenggu kita sepanjang tahun lepas.
Oleh yang demikian, kita masih tetap perlu berhati-hati dalam pemilihan saham untuk portfolio pelaburan kita. Saham-saham yang mempunyai perkembangan pendapatan yang stabil adalah antara kriteria yang kita perlu perhatikan.
Berikut adalah saham-saham yang menjadi pilihan Public Invest Research Team untuk separuh tahun pertama 2023:
ABLEGLOB – Sektor Pengguna (Pembungkusan Makanan)
CCK – Sektor Pengguna (Telur)
D&O – Sektor Teknologi (Komponen Elektrik)
GAMUDA – Sektor Pembinaan (Rumah, Infrastuktur)
IJM – Sektor Pembinaan (Infrastuktur, Perladangan)
INARI – Sektor Teknologi (Pemasangan Elektronik)
SKPRES – Sektor Produk & Servis Industri (Produk Plastik)
Saham-saham ini terdiri sektor-sektor yang dilihat mampu untuk menghadapi kemelut ekonomi pada tahun hadapan kerana produk dan servis yang dikeluarkan mereka tetap mempunyai permintaan.
– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –
Ingin mulakan perjalanan saham anda? Jom daftar Kelas Saham Kickstart kami
<<Â https://bit.ly/smartsahamkickstartJan23>>
Artikel ini juga boleh dibaca di channel Telegram kami
<<Â https://t.me/smartsahamcom>>