2023: TAHUN YANG BAIK UNTUK PELABUR?

Tahun 2022 merupakan tahun yang sukar untuk mereka yang terlibat dalam pasaran saham, samada pasaran tempatan Malaysia mahupun pasaran global.

Dengan indeks KLCI yang mencatatkan julat penurunan yang teruk sebanyak hampir 15% sekitar Mac ke Oktober 2022, semestinya ramai juga yang terkena tempias sentimen “bearish” tersebut.

Namun sentimen negatif pasaran saham dilihat sudah menghampiri penghujungnya apabila terdapat beberapa laporan yang dikeluarkan badan-badan penganalisa ekonomi & pasaran yang memberikan pendapat tempoh yang teruk ini sudah hampir tamat.

Antara isi kandungan penting dalam laporan-laporan ekonomi tersebut:

  1. JP Morgan mengatakan banyak saham-saham yang mempunyai potensi “earnings” yang tinggi kini berada di paras penilaian terendah akibat aktiviti penjualan sebelum ini.
  2. UOB Kayhian mengatakan pasaran saham Malaysia akan lebih rancak dan tenang pada 2023, atas faktor-faktor seperti pilihanraya yang sudah selesai, kenaikan kadar inflasi & “Fed Rate” yang sudah mula perlahan di US dan potensi pembukaan semula sempadan China. Antara sektor pilihan mereka adalah perbankan, kereta elektrik dan pelancongan.
  3. Kenanga Research melaporkan yang “emerging markets”, Malaysia diantaranya adalah pilihan pelabur luar setelah dolar Amerika mula mencatatkan penurunan. Antara sektor pilihan mereka adalah perbankan, automotif dan telekomunikasi.

Dengan maklumat daripada laporan di atas dan ditambah pula dengan sentimen “rally” pada musim perayaan akan datang seperti Krismas dan Tahun Baru Cina, penghujung 2022 ini dilihat sebagai waktu yang sangat sesuai untuk kita mula merancakkan semula pelaburan saham, atau memulakan pelaburan saham bagi mereka yang belum pernah mula lagi.


Ingin mulakan perjalanan saham anda? Jom daftar Kelas Saham Kickstart kami
https://bit.ly/smartsahamkickstartJan23

Artikel ini juga boleh dibaca di channel Telegram kami
https://t.me/smartsahamcom

want to know more

Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.